Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!
Baru saja kita menarik nafas lega mendengar khabar genjatan senjata tanda menyerah pihak Zionis Israel.
Kini tidak sampai 12 jam, tentera Zionis Israel telah merempuh masuk semula ke Masjid Al-Aqsa dan menembak gas pemedih mata kepada sekumpulan Pemuda Palestina!
Bangkit Bersatu Atas Nama Islam
Sahabat, perjuangan ini masih panjang, F4lestin terus memerlukan doa, sokongan, sumbangan serta solidariti yang berterusan daripada kita.
Jadikanlah Pal4stin sebagai sebahagian daripada jiwa dan raga kita. Setiap kali ia dilukai, pasti sakitnya turut kita rasai.
Daripada An-Nu`man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Maksudnya: “Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam.”
(HR al-Bukhari)
YAKINLAH, ISLAM INI ADALAH SATU-SATUNYA AGAMA ALLAH, DAN ALLAH JUA YANG AKAN MEMELIHARANYA.
TUGAS KITA, BERUSAHA SEHABIS DAYA DENGAN PELBAGAI USAHA SECARA BERTERUSAN. MOGA KITA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA.
Firman Allah SWT:
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلاَ غَالِبَ لَكُمْ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”
(Surah Ali-Imran: 160)
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan buat seluruh umat Islam untuk terus berjuang di jalan-Nya walau cara berbeda.
Asma Binti Harun – Malaysia