Mizab (perkataan bahasa Arab) dalam bahasa Melayu disebut sebagai Pancur Emas ialah nama yang diberikan kepada sebuah lohong pemancur air yang terbuka yang terletak di bahagian atas bumbung Kaabah menghala ke Hijir Ismail.
Mizab ini mula wujud selepas pembinaan Kaabah oleh kaum Arab Quraisy dan kini merupakan salah satu binaan dari “Binaan-Binaan Kaabah Yang Penuh Kemuliaan”. Mizab telah dibina dengan menggunakan logam emas tulen.
Selain kegunaan Mizab sebagai aliran air untuk membuang takungan air yang terletak di atas bumbung Kaabah ketika musim hujan. Mizab juga diriwayatkan merupakan salah satu dari tempat-tempat mustajab doa (diangkat dan diterima) oleh Allah.
Pancur Emas telah diperbaharui untuk kali pertama pada tahun 1417 Hijrah. Perbaharuan aset suci ini telah dibina mengikut ukuran asal sebagaimana yang dihadiahkan oleh Sultan Abdul Majid Khan Al-Uthmani pada tahun 1273 Hijrah.
Dibahagian depan Pancur Emas ada tertulis “Bismillahirrahmanirrahim – Ya Allah” (bermaksud Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang – Wahai Allah). Sedangkan di sisi kirinya ada tertulis “Jaddada Hadza Al-Mizab Khadim Al-Haramain Al-Syarifain Al-Malik Fahd ibn Abdul Aziz Ali Saud, Maliku Al-Mamlakat Al-Arabiyyah As-Saudiyyah”.
Dibahagian atas Pancur Emas ini terdapatnya beberapa paku kecil yang bertujuan bagi menghindarkan dari burung bertenggek.
Panjang keseluruhan Pancur Emas 2.53m, jumlah bahagian tertanam dalam dinding Kaabah 58 cm, Panjang Pancur 1.95 meter. Tinggi 23 cm dan lebarnya 26 cm.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍوَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ
Allahumma Sholli Ala Muhammad
Ya Robbi Sholli Alayhi Wassallim
Ya Allah…Semoga kami,keluarga kami dan umat Islam dan yang membaca posting ini dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,sentiasa mengalir, halal dan berkah Dan menjadi tetamu Allah yang paling istimewa menunaikan ibadah Haji dan Umrah serta menziarahi makam Rasulullah Sallallahu Alayhi Wassalli
Aamiin
(Harsy Mgt)